Pengantar Sains Politik

1. Huraikan perkembangan bidang sains politik. Bincangkanperubahan-perubahan yang berlaku dari masa ke semasa terhadap bidang berkenaan dan kesannya terhadap perkembangan bidang sains politik masa kini.

2. Bincangkan perubahan-perubahan yang alami oleh sesebuah negara daripada tahap politik tradisional ke tahap politik moden. Bincangkan juga bagaimana perubahan tersebut ditangani oleh rakyat dan pemimpin negara berkenaan.

3. Bincangkan mengapa sains politik ditakrifkan sebagai satu kajian yang bercorak preskriptif? Mengapa pula terdapat pendapat yang menyatakan bidang sains politik tidak harusnya dianggap sebagai bidang sains kerana beberapa kekurangan. Bincangkan kekurangan tersebut dan bagaimana hal ini sedang di atasi.

4. Huraikan apa yang dimaksudkan dengan kedaulatan rakyat.Bincangkan manifestasi kedaulatan rakyat dalam politik dankehidupan harian.

5. Huraikan istilah autoriti atau kewibawaan. Mengapa istilahtersebut dapat ditakrifkan sebagai kuasa yang sah. Apakah maksud “sah”? Bagaimanakah kita mengukur bahawa sesuatu sistem politik itu dianggap atau diterima sebagai saholeh ahli-ahlinya?

6. Huraikan apa yang dibincangkan oleh Max Weber mengenai kuasa, kewibawaan atau autoriti dan legitimasi.

7. Huraikan model Sistem Politik seperti yang diutarakan olehDavid Easton. Adakah pendekatan sistem memenuhi segala kehendak pengajian sains politik yang saintifik?

8. Huraikan unsur-unsur yang membezakan politik moden dari politik tradisional.

9. Apakah yang dimaksudkan dengan ideologi dan huraikan peranan ideologi dalam sesebuah negara.

10. “Tiga ideologi utama: liberalisme, konservatisme dan sosialisme telah mempunyai impak yang ketara di semua negara di dunia moden ini.” Bincangkan pernyataan ini.

11. Huraikan apa yang dimaksudkan dengan kedaulatan rakyat. Bincangkan manifestasi kedaulatan rakyat dalam politik dan kehidupan harian.

12. Bincangkan peranan parti politik dalam hal mempengaruhi proses pendemokrasian di mana-mana sebuah Negara moden.

13. Bincangkan peranan dan tugasan kumpulan berkepentingan dan pendesak dalam hal mempertanggungjawabkan pemerintahan yang bercorak demokrasi.

14. Apakah yang dimaksudkan dengan demokrasi? Mengapa ia wujud? Huraikan jenis-jenis demokrasi yang terdapat di dunia moden ini.

15. Bincangkan mengapa cara pemilihan wakil rakyat melalui kaedah majoriti simple dianggap kurang adil dan memuaskan.

16. Bincangkan teori pengasingan kuasa dan nyatakan sama ada teori tersebut dapat diamalkan dengan sepenuhnya. Jika ia tidak dapat diamalkan sepenuhnya – Mengapa?

17. Bandingkan sistem dua parti dengan sistem pelbagai parti. Nyatakan kelebihan dan kelemahan kedua-dua sistem parti politik yang dibincangkan.

18. Huraikan apa yang disyorkan oleh Karl Marx mengenai pemerintah yang adil dan saksama.

19. Persaingan kuasa-kuasa besar yang bercorak ideologi telah mengakibatkan sosialisme dijadikan unsur perbezaan di antara kuasa-kuasa besar. Bincangkan akibat persaingan ini terhadap suasana politik antarabangsa.

20. Hak asasi, kepentingan dan kedaulatan rakyat dan pengesahan daripada rakyat adalah antara konsep-konsep baru yang timbul bersama negara moden. Apakah pemahaman anda tentang konsep-konsep ini?

Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.

Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINI untuk mendapatkan tips membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

Khas Untuk PJJ

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK