Learning Skills for Open and Distance Learners

Tujuan tugasan ini adalah untuk menilai keupayaan anda dalam :

· mendapatkan maklumat;

· membuat nota dari bahan bacaan;

· mengiktiraf kerja penulis lain, dan

· mengemukakan hujah-hujah logikal/ perbincangan dengan sokongan fakta dan bukti.

AKTIVITI 1 (30%)

Ada dikalangan ahli akademik mempercayai bahawa pembelajaran jarak jauh, "tidak akan mampu untuk menyalurkan interaksi peribadi (komunikasi) seperti apa yang pelajar inginkan."

Adakah anda bersetuju atau sebaliknya dengan kenyataan tersebut?

Hasilkan tugasan anda berbentuk esei 300-350 perkataan, terangkan sebab-sebab yang berkaitan untuk menyokong pendirian anda. Usulkan cadangan konstruktif yang dapat membantu meningkatkan komunikasi dan interaksi antara Tutor dan pelajar OUM.


AKTIVITI 2 (30%)

Kajian yang dijalankan oleh Flow (2007) * menunjukkan bahawa salah satu halangan kepada pembelajaran jarak jauh yang berjaya adalah kurangnya kemahiran pengurusan masa.

Sebagai pelajar jarak jauh dan terbuka adakah anda merasakan kemahiran pengurusan masa ini adalah dalam menentu kejayaan pembelajaran anda? Jawapan anda hendaklah berbentuk esei di antara 300-350 perkataan.

AKTIVITI 3 (30%)

Baca esei mengenai 'Pendidikan Moral dapat membina watak kanak-kanak’. (Lampiran 1). Berdasarkan esei tersebut, anda dikehendaki:


(a) menyediakan anotasi (penyediaan anotasi perlu disediakan di atas cetakan esei tersebut);

(b) menyediakan peta minda; dan

(c) parafrasa perenggan yang digariskan.


AKTIVITI 4 (10%)

Kongsikan pengalaman anda bagaimana myVLE boleh membantu dalam mempertingkatkan pembelajaran anda?

Nota: Hasilkan tugasan ini dalam 150-200 patah perkataan berbentuk esei.

Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.

Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINI untuk mendapatkan tips membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.


Comments

Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

Khas Untuk PJJ

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK