Introduction To Multimedia Technology

Baca petikan berikut yang diambil daripada Tech Central oleh The Star Online ( http://star-techcentral.com) bertarikh Rabu, 18 November 2009.

Menganimasi dengan sumber terbuka

Oleh STEVEN PATRICK

JIKA ANDA melihat koleksi filem bebas 15Malaysia (www.15Malaysia.com), anda akan melihat sebuah filem unik bertajuk Rojak! yang menggabungkan lakonan langsung dengan grafik berkomputer. Apa yang lebih menarik adalah pembuat filem ini menggunakan perisian sumber terbuka bagi menghasilkan kesan ini bagi filem yang bersaiz hampir lima minit ini. Hakikatnya ialah pembuat filem ini — saudara Jordan, 29, dan Mussadique Suleiman, 32 — adalah pejuang setia sumber terbuka.


Pasangan ini telah menggunakan sumber terbuka untuk animasi dan penyuntingan komersial TV, dokumentari dan video muzik sejak lapan tahun lalu. Lebih dikenali sebagai Suleiman Bersaudara, mereka adalah pakar dalam animasi lukisan tangan, 3D dan grafik pergerakan 2D, pekompositan video dan juga pemprosesan imej.

Ke arah terbuka

Mussadique telah menggunakan peralatan sumber terbuka lebih daripada sedekad. Dia telah bermula dengan sumber terbuka semenjak 1996 ketika dia menjadi penulis kod perisian kerana dia mendapati penulisan kod bagi pelantar Windows sangat mengecewakannya.


“Saya telah mendengar pergerakan sumber terbuka beberapa tahun sebelum itu dan mendapatinya benar-benar matang dalam pertengahan tahun 90an, jadi saya telah bertukar kepada sumber terbuka.” Mussadique mengenang kembali.


Hari ini, Mussadique menggunakan Linux dalam semua hal – untuk komputernya, telefon mudah alih dan PDA. Adiknya Jordan, berkongsi keghairahan terhadap sumber terbuka kerana kewajaran kewangan dalam menggunakannya dalam penerbitan animasi dan filem mereka. Bagaimanapun, Jordan bukanlah seorang pakar pengaturcaraan seperti abangnya. Dia hanya seorang artis animasi yang mempelajari sendiri grafik berkomputer.


“Satu salinan Maya (perisian animasi 3D) berharga RM15,000 sedangkan perisian sumber terbuka tidak melibatkan sebarang kos. Linux juga berada sangat jauh di depan berbanding sistem proprietari daripada segi kelonggaran penggunaannya. Ianya adalah perisian yang sangat berkuasa berdasarkan pengalaman kami dan kami telah menggunakannya sepanjang kerjaya kami.” ujarnya.


Berdasarkan artikel ini, salah satu isu penting dalam teknologi multimedia adalah penggunaan perisian sumber terbuka

a) Cadangkan dan bincangkan satu perisian alternatif bagi setiap elemen multimedia iaitu grafik, video, audio, animation dan pengarangan multimedia

b) Andakah anda fikir perisian-perisian ini boleh digunakan untuk produksi pada skala lebih besar?


Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.

Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINI untuk mendapatkan tips membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

Khas Untuk PJJ

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK