Kesihatan Diri dan Keluarga

Baru-baru ini negara telah dikejutkan dengan fenomena jerebu yang sangat teruk sehinggakan kerajaan telah mengistiharkan darurat di beberapa kawasan sebagai kawasan yang paling tidak selamat. Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan pelbagai partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semulajadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ia boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian, keadaan ini akan mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Anda dikehendaki :

(a) mendapatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi mengetahui tahap jerebu dan huraikan punca-punca terjadinya jerebu tersebut. 

(b) mendapatkan data indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dilaporkan baru-baru ini dan huraikan dengan ringkas bacaan (IPU) tersebut. 

(c) Mencadangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi mengatasi masalah jerebu yang sering melanda negara kita. 

(d) Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi. Huraikan kesan Jerebu terhadap golongan seperti kanak-kanak, orang tua, perokok dan mereka yang mengalami penyakit seperti asma, bronkitis, radang paru-paru, jantung dan yang menghadapi alahan.

Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.
Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINI untuk mendapatkan tips membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

Khas Untuk PJJ

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK