SOCIAL PSYCHOLOGY

1) Hanya segelintir individu yang akan tidak bersetuju bahawa agresi manusia merupakan masalah sosial mendesak yang membawa kepada tingkah laku jenayah ganas, dan ianya adalah penting untuk memahami penyebab agresi sebelum kita boleh membantu untuk mengurangkannya. Bagaimanakah seorang ahli psikologi sosial akan mendekati fenomena ini? Bagaimanakah pendekatan seorang ahli psikologi sosial akan berbeza dengan pendekatan seorang ahli psikologi personaliti atau seorang ahli sosiologi?

2) Anda dan rakan-rakan anda sedang berdebat tentang kehebatan minda manusia. Dia menyatakan kebergantungan kepada skema dan proses-proses automatik akhirnya akan memudaratkan, tetapi anda bertegas menyatakan proses-proses tersebut ada manfaatnya. Senarai dan jelaskan DUA manfaat bergantung kepada skema dan proses-proses automatik, serta DUA kelemahan menggunakan proses-proses ini.

3) Juliana merasakan dirinya sebagai individu yang mementingkan kesihatan. Sedang dia makan stik pada satu malam, dia terlihat satu laporan berita yang pengambilan daging merah meningkatkan risiko kanser payudara sebanyak 50 peratus! Pada masa ini, dia mengalami disonans kognitif yang banyak. Nyatakan DUA cara individu boleh mengurangkan disonans, dan aplikasikan teknik-teknik ini kepada disonans Juliana; iaitu berikan contoh untuk setiap satu teknik diatas untuk mengurangkan disonans yang boleh digunakan oleh Juliana.

4) Jelaskan apakah dua norma bercanggah yang ada dalam eksperimen klasik kepatuhan Stanley Milgram. Jelaskan mengapa satu norma itu lebih berkemungkinan dipatuhi berbanding yang lain.


Anda dikehendaki menulis laporan reflektif tentang perkara berikut:

Apakah jenis pemimpin yang anda fikir akan jadi? Bincangkan sebab-sebab anda rasakan jenis kepimpinan anda akan memberikan kebaikan atau tidak sekiranya anda menjadi bos di syarikat anda sendiri. Bincangkan juga bagaimana anda boleh menjadi lebih baik.

(Laporan anda boleh disertakan dengan contoh-contoh, imej, petikan dll. yang relevan untuk menyokong penulisan anda).


Pengenalan atau latar belakang topik.

Perbincangan kritikal tentang jenis kepimpinan anda dan cadangan untuk penambahbaikan.

Kesimpulan.


Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.
 
Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINI untuk mendapatkan tips membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.









Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

Khas Untuk PJJ

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK