FINANCIAL ACCOUNTING PERAKAUNAN KEWANGAN

Menora Wealth Management menyelesaikan urus niaga – urus niaga berikut sepanjang bulan Disember di dalam tahun semasa:

Tarikh

Urus niaga – urus niaga

Disember 1

Memulakan sebuah syarikat perkhidmatan perancangan kewangan dengan melaburkan tunai RM150,000 dan peralatan pejabat RM50,000.

2

Membeli RM12,000 peralatan pejabat secara kredit.

3

Membeli RM3,000 bekalan pejabat secara kredit.

4

Menyelesaikan perkhidmatan untuk seorang klien dan menerima bayaran RM9,000 tunai.

8

Menyelesaikan perkhidmatan untuk Syarikat Bizara secara kredit berjumlah RM17,000.

10

Membayar pembekal untuk bekalan pejabat yang dibeli pada 3 Disember.

14

Membayar RM9,600 premium tahunan bagi satu polisi insurans.

18

Menerima bayaran penuh daripada Syarikat Bizara bagi perkhidmatan yang diselesaikan pada 8 Disember.

27

Pemilik mengeluarkan RM6,500 tunai daripada syarikat untuk membayar belanja peribadi.

30

Membayar tunai RM1,750 bagi bil utiliti Disember.

31

Menerima RM20,000 tunai daripada seorang klien untuk perkhidmatan kewangan yang akan diberikan tahun depan.

 



Dikehendaki:

a) Sediakan catatan-catatan jurnal untuk merekodkan semua urus niaga di atas.


b) Pindah catat catatan-catatan jurnal tersebut ke lejar tiga lajur.


c) Sediakan Imbangan duga pada 31 Desember 2020.

Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.

Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINI untuk mendapatkan tips membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.


Comments

Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

Khas Untuk PJJ

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK