Bincangkan kesan konflik kelas ke atas perkembangan politik negara membangun. 1.0.Pengenalan. Sebelum membincangkan membincangkan kesan konflik kelas ke atas perkembangan politik negara membangun mari kita lihat definisi konflik terlebih dahulu. Konsep konflik adalah berbeza daripada perspektif ahli politik, ahli sosiologi dan ahli pengurusan. Ini kerana bidang kajian tentang konflik sangat luas dan mencakupi aspek pertikaian antarabangsa, konflik antara kaum, konflik pelbagai kelas dalam masyarakat, konflik dalam organisasi, konflik keluarga dan konflik antara individu. Pada amnya, apabila wujud matlamat yang berbeza, keutamaan yang berlainan, pandangan hidup dan sistem nilai yang tidak sama, maka timbul kelainan pendapat dan perbezaan tanggapan mengenai aspek-aspek tertentu dalam organisasi. Konflik boleh dibahagi kepada tahap makro dan tahap mikro tahap makro biasanya wujud pada tahap institusi dan konflik jenis ini kurang berlaku dalam organisasi. Manakala konflik tahap mikro...