Pentadbiran Awam
Pentadbiran Awam atau Public Administrations boleh didefinisikan sebagai: “…as the implementation and study of government policy public administration that linked to pursuing the public good by enhancing civil society and social justice. Though public administration has historically referred to government management, it increasingly encompasses non-governmental organizations that are not acting out of self-interest.”[1] Yakni, pentadbiran awam merujuk kepada sistem pentadbiran kerajaan yang turut meliputi badan bukan kerajaan yang bertindak tanpa sebarang kepentingan diri sendiri. Manakala bagi Dwight Waldo dalam “Classics of Public Administration” telah mentakrifkan pentadbiran awam sebagai satu badan organisasi dan pengurusan manusia serta benda-benda untuk mencapai tujuan-tujuan kerajaan. Beliau turut menyatakan bahawa pentadbiran sebagai satu “seni dan sains pengurusan” sebagaimana yang dapat dikaitkan dengan hal-ehwal sesebuah negeri atau negara.[2] ...