PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN 2
TUJUAN Tugasan ini bertujuan untuk menilai kebolehan pelajar mengaplikasi konsep, memberi maklum balas secara reflektif, dan menilai secara kritis isu-isu kontemporari yang berkaitan dengan cabaran kelestarian etika serta peradaban masyarakat majmuk di Malaysia. KEPERLUAN Tugasan ini mempunyai empat (4) tugasan. Jawab semua . (Nota: Tugasan 5 – Sila rujuk arahan pada halaman 7) Tugasan 1 (10 markah) – Penulisan esei Soalan 1 Soalan berdasarkan maklumat di bawah: Sumber: Bernama Etika dan peradaban acuan Malaysia boleh dianalisis menerusi kerangka Sejarah, Struktur Sosial, dan Biografi (sila rujuk modul Topik 1.3). Berdasarkan data Infografik Bernama di halaman sebelum itu yang menunjukkan lonjakan kandungan penipuan dan akaun palsu, aplikasikan ketiga-tiga komponen kerangka tersebut untuk menganalisis sebab-sebab fenomena jenayah siber ini semakin berleluasa dalam masyarakat majmuk Malaysia. Seterusnya, jelaskan bagaimana penghayatan etika dan peradaban acuan M...