SEJARAH ASIA BARAT
1. Sejauh manakah Dasar Tanzimat yang diperkenalkan sejak zaman Sultan Selim III (1789-1807) sehingga pemerintahan Sultan Abdul Hamid II (1876-1909) berjaya memodenkan Empayar Turki Uthmaniyyah? 2. “Pemberontakan nasionalisme Arab yang diketuai oleh Sharif Hussein di Hijaz bermula pada tahun 1916 menjadi punca utama kepada keruntuhan Empayar Turki-Uthmaniyyah pada awal abad ke 20”. Bahaskan. 3. Nilaikan kejayaan dasar Pan Islamisme dan modernisasi Raja Faysal (1964-1975) dalam membawa permodenan di Arab Saudi. 4. “Reformasi ekonomi Muhamad Ali Pasha (1811-1848) berjaya dalam membangunkan ekonomi Mesir berbanding dasar ekonomi sosialis Presiden Gemal Abdul Nasser (1952-1970)”. Bersetujukah anda? 5. Bincangkan dasar dan reaksi Britain terhadap gerakan penubuhan Israel oleh pertubuhan Zionis antarabangsa pada tahun 1948. 6. Michael Ben Oren (2000) dalam tulisannya “ Six Day War, June 1967” merumuskan bahawa punca utama perang Arab-Israel 1967 ialah peningkatan sera...