Isu-isu Antropologi dan Sosiologi
Pelajar perlu menghasilkan dua perkara berikut untuk tugasan berkumpulan - poster interaktif ini: Menghasilkan 1 poster INTERAKTIF dalam talian Menyediakan laporan untuk perkara 1 Tarikh penghantaran 23 Februari 2026 (Isnin) @ 5pm Apakah itu poster interaktif? Poster interaktif adalah seperti poster akademik bercetak tetapi ia bersifat interaktif dan boleh dicapai dalam talian pada bila-bila masa. Poster interaktif boleh mengandungi video, pautan dan pelbagai teknik interaktif seperti quiz, animasi untuk menyampaikan maklumat berkait dengan tugasan. Ia BUKAN laman web tetapi SATU muka surat poster yang mengandungi kandungan tugasan kumpulan anda (klik arahan tugasan ☝️ untuk contoh poster interaktif). Tujuan tugasan Tugasan poster ini akan menilai kemahiran pelajar dalam mengenal pasti satu isu sosial semasa (tahun 2024 ke atas) dengan menggunakan komponen objekti...