Makroekonomi
1. Terangkan krisis kewangan sub-prima yang melanda Amerika Syarikat pada tahun 2008. Bagaimana krisis ini akhirnya merebak ke Eropah. Adakah negara-negara terlibat telah terkeluar daripada krisis tersebut sekarang? 2. Dalam menghadapi kelembapan ekonomi yang melanda dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa negara telah memperkenalkan beberapa langkah monetari termasuk ‘quantitativeeasing’ dan ‘negativeinterestrate’. Terangkan kedua-dua langkah tersebut dan bagaimana kedua-duanya difikirkan mampu memulihkan negara-negara terlibat daripada kelembapan ekonomi. 3. ‘Quantitativeeasing’ dan ‘negativeinterestrate’ yang diperkenalkan oleh beberapa negara sebagai langkah keluar daripada kelembapan ekonomi adalah tergolong dalam langkah dasar kewangan. Terdapat tanggapan daripada sesetengah ahli ekonomi bahawa dasar fiskal perlu diberikan keutamaan dalam hal ini dengan mengambil pendekatan Keynesian umpamanya dengan meningkatkan perbe...