Pembangunan Politik Malaysia
1. Himpunan bersih menuntut empat perkara iaitu pilihan raya yang bersih, tadbir urus yang bersih, penjimatan ekonomi dan memelihara hak untuk perbezaan pendapat telah diadakan pada 29 Ogos 2015. Manakala himpunan baju merah (himpunan rakyat bersatu) yang dikatakan lebih cenderung untuk memelihara hak orang Melayu telah diadakan pada 16 September 2015. Analisiskan pandangan anda secara kritikal dari sudut faham perkauman dalam politik Malaysia. 2. Kerajaan negeri Pulau Pinang dikuasai oleh Pakatan Rakyat di bawah kepimpinan DAP sejak 2008 dan kerajaan persekutuan dilihat tidak begitu gembira dengan fenomena tersebut. Bahaskan secara kritikal sama ada system federalisme menyumbang atau tidak dalam mematangkan pembangunan politik Malaysia sebagai sebuah negara demokratik. 3. Gerakan Harapan Baru (GHB) dikatakan sebagai parti serpihan daripada Parti Islam Se-Malaya (PAS) dan telah diwujudkan setelah sebahagian besar daripada ahli jawatankuasa tertinggi PAS kalah dalam pemilihan m...