BAHASA MALAYSIA IV
Bahagian A: STRUKTUR KARANGAN – (10 Markah) Pilih 1 (SATU) tajuk karangan di bawah. 1. Anda diminta untuk menghasilkan 4 perenggan (1 Pendahuluan + 2 isi+ 1 kesimpulan). 2. Anda perlu menyambung karangan ringkas yang anda pilih dengan menggunakan struktur karangan yang mengandungi ayat topik, ayat huraian dan ayat contoh. 3. Struktur ini tidak melebihi 200 patah perkataan. 4. Markah diberi berdasarkan penggunaan tatabahasa yang betul dan tepat. TAJUK 1 Kebelakangan ini, aktiviti sukaneka semakin dilupakan dalam kalangan masyarakat moden. Bincangkan kepentingan menghidupkan semula sukaneka dan bagaimana aktiviti ini boleh dipupuk semula dalam kalangan generasi pada masa kini. ATAU TAJUK 2 Sokongan moral dari ahli keluarga merupakan salah satu kunci kejayaan seseorang. Tulis sebuah karangan yang membincangkan kepentingan sokongan moral dari ahli keluarga dan bagaimana sokongan ini dapat memberi impak kepada kehidupan seseorang. Bahag...