STATISTIK UNTUK SAINS SOSIAL
Tugasan Berkumpulan ini mewakili 15% daripada markah keseluruhan pelajar. Baca arahan dengan teliti dan jawab semua soalan yang diberikan. ARAHAN Tugasan berkumpulan ini memerlukan penggunaan Sofware SPSS untuk menganalisis data. Berdasarkan data fail PJJ2020JAN yang dilampirkan, terdapat data untuk pelbagai pemboleh ubah yang mana merangkumi faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kesihatan pelajar IPTA. Setiap kumpulan dikehendaki memilih pemboleh ubah yang bersesuaian untuk menganalisis data. a) Setiap kumpulan dikehendaki membuat analisis data bagi LIMA (5) analisis inferensi berikut: 1) Pearson Correlation 2) Linear Regression 3) Independent T-Test 4) One Way ANOVA 5) Chi-Square b) Bagi setiap ujian statistik di atas, terangkan perkara berikut: 1) Nyatakan pemboleh ubah bebas dan Pemboleh ubah terikat yang dipilih 2) Bina satu hipotesis untuk setiap analisis inferensi yang dijalankan. 3) Huraikan (buat interpretasi) setiap hasil daripada cetak analisis ya...