Posts

Showing posts with the label JKP 413 / 313

PEMBANGUNAN POLITIK MALAYSIA

  1)   Sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (2018), pelbagai parti kecil dan serantau telah cuba memposisikan diri mereka sebagai 'Kuasa Ketiga'. Bincangkan parti-parti utama yang dikategorikan sebagai Third Force (seperti MUDA, WARISAN, dan parti-parti serantau lain yang bukan komponen blok utama). Sejauh manakah ideologi dan pembawaan dasar mereka berbeza daripada blok politik sedia ada? Adakah parti-parti ini mempunyai potensi sebenar untuk memecah kebuntuan politik di peringkat Persekutuan, atau adakah peranan mereka terhad kepada perunding kuasa dalam pembentukan kerajaan campuran? 2)   Sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), pembentukan Kerajaan Perpaduan yang menghimpunkan pelbagai parti yang dahulunya bermusuhan telah menandakan kemasukan Malaysia ke dalam era baharu politik campuran yang meluas. Nilaikan model kerajaan campuran ini dari segi kemampanan jangka panjangnya. Adakah gabungan Kerajaan Perpaduan ini menandakan bahawa Malaysia kini telah secara kekal beralih k...

PEMBANGUNAN POLITIK MALAYSIA

  1. Bincangkan perkembangan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa semenjak gabungan pembangkang berhasil memecah hegemoni Barisan Nasional (BN) selepas pilhanraya umum ke-14 pada tahun 2018. Adakah kesan ketidak stabilan pembentukan kerajaan pusat sejak tahun 2020 positif atau negatif terhadap proses pembinaan bangsa (nation-buiding) rakyat berbilang kaum di Malaysia? Mengapa? 2. Semenjak piihanraya umum ke-14 pada tahun 2018, antara gabungan parti yang mempengaruhi politik Malaysia secara signifikan ialah Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Kedua-dua gabungan parti ini meneroka pengalaman menjadi anggota gabungan parti pemerintah melalui kerajaan campuran yang berbeza sejak tahun 2018. Bandingkan dan bezakan pendekatan dan impak kedua-dua gabungan parti politik ini kepada pembangunan politik Malaysia masakini. 3. Semenjak lima dasawarsa yang lepas, dua parti pembangkang utama yang mewarnai politik Malaysia ialah Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan ...

PEMBANGUNAN POLITIK MALAYSIA

Bahaskan pengaruh 3 daripada tema-tema berikut dalam membentuk wacana pembangunan politik Malaysia era kini:  1.          Islam Madani  2.          Pemisahan kuasa di antara Peguam Negara dengan Ketua Pendakwaraya  3.          Perubahan nama jawatan Ketua Menteri Sarawak kepada Premier Sarawak  4.          Larangan penggunaan kalimah 'Allah' ke atas orang bukan Islam  5.          Gabungan Rakyat Sabah (GRS) 1.0        Pengenalan Mutahir ini keprihatinan dan penglibatan golongan belia dalam perkembangan politik di sesebuah negara semakin meluas, terbuka dan dinamik. Perubahan naratif ini sejajar dengan kemajuan teknologi, proses pendemokrasian moden, pola globalisasi dan aliran pergerakan manusia tanpa batas yang nyata. Perubahan te...

PEMBANGUNAN POLITIK MALAYSIA

Semenjak hampir satu dekad yang lepas, antara parti yang mempengaruhi politik Malaysia secara signifikan ialah Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu SeMalaysia (PPBM). Kedua-dua parti ini meneroka pengalaman menjadi anggota gabungan parti pemerintah pada tahun-tahun 2018-2020, 2022-kini dan 2018-2022 masing-masing. Bandingkan dan bezakan pendekatan dan impak kedua-dua parti politik ini dalam pembangunan politik Malaysia masakini. Fokuskan perbincangan anda kepada aspek menangani masalah perkauman, pemerkasaan masyarakat sivil dan reformasi institusi pemerintahan. 1.0        Pengenalan Kepercayaan rakyat secara umumnya adalah berkaitan dengan tahap sokongan yang diterima oleh parti politik atau pemerintah daripada pengundi. Daripada kepercayaan itu menerbitkan mandat yang membolehkan sesebuah parti politik yang memperolehi kerusi majoriti di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menubuhkan kerajaan. Jadi, perkara yang diseb...

PEMBANGUNAN POLITIK MALAYSIA

Bincangkan perkembangan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa semenjak gabungan pembangkang mula menggugat dominasi Barisan Nasional (BN) pada tahun 2008, dan seterusnya Pakatan Harapan (PH) berhasil memecah hegemoni BN pada tahun 2018. Apakah kesan pemecahan (fragmentation) kuasa kerajaan pusat terhadap proses pembinaan bangsa (nation-buiding) rakyat berbilang kaum di Malaysia? 1.0        Pengenalan Kedinamikan politik Malaysia terserlah setiap kali menjelang musim pilihan raya. Kerencaman latar belakang masyarakat Malaysia menjadikan persaingan politik yang berasaskan garis perkauman, identiti, kelompok etnisiti dan agama yang bersifat ekstrem semakin popular dalam kalangan elit dan pendokong parti politik. Hal ini berlarutan ketika PRU-12 sehingga ke PRU-14, di mana perspektif etnosentrisme telah meningkat secara dramatik dengan setiap isu dan perkara yang berlaku di peringkat setempat mahupun nasional dijadikan hujah politik berlandaskan justifikasi...