PEMBANGUNAN POLITIK MALAYSIA

 

1)  Sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (2018), pelbagai parti kecil dan serantau telah cuba memposisikan diri mereka sebagai 'Kuasa Ketiga'. Bincangkan parti-parti utama yang dikategorikan sebagai Third Force (seperti MUDA, WARISAN, dan parti-parti serantau lain yang bukan komponen blok utama). Sejauh manakah ideologi dan pembawaan dasar mereka berbeza daripada blok politik sedia ada? Adakah parti-parti ini mempunyai potensi sebenar untuk memecah kebuntuan politik di peringkat Persekutuan, atau adakah peranan mereka terhad kepada perunding kuasa dalam pembentukan kerajaan campuran?

2)  Sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), pembentukan Kerajaan Perpaduan yang menghimpunkan pelbagai parti yang dahulunya bermusuhan telah menandakan kemasukan Malaysia ke dalam era baharu politik campuran yang meluas. Nilaikan model kerajaan campuran ini dari segi kemampanan jangka panjangnya. Adakah gabungan Kerajaan Perpaduan ini menandakan bahawa Malaysia kini telah secara kekal beralih kepada politik campuran wajib (mandatory coalition), atau adakah masih wujud potensi bagi mana-mana parti untuk "bangkit semula" dan mentadbir dengan majoriti tunggal yang kukuh?

3) Analisis dan bandingkan evolusi federalisme Malaysia merentasi tiga fasa politik utama: Era Sentralisasi Kuasa BN (diwakili oleh pentadbiran Dato’ Seri Najib Razak), Era Ketidakstabilan Pasca-PRU14 (2018–2022, di bawah PH dan PN), dan Era Kerajaan Perpaduan (Madani). Dalam konteks tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), nilaikan sama ada pendekatan Kerajaan Madani terhadap desentralisasi kuasa, yang didorong oleh keperluan gabungan wajib dan peranan kingmaker blok Borneo, telah menghasilkan peralihan berkekalan ke arah federalisme yang lebih seimbang, berbanding corak pemerintahan BN yang bercirikan sentralisasi.

4) Pilih SATU dasar awam utama di Malaysia. Bincangkan konteks politik, matlamat asal, serta nilaikan pencapaian utama dan kelemahan struktural yang wujud dalam pelaksanaannya. Akhir sekali, berdasarkan analisis dan kritikan anda, nyatakan dan justifikasikan TIGA (3) hingga LIMA (5) langkah reformasi spesifik yang akan anda laksanakan terhadap dasar tersebut sekiranya anda adalah Perdana Menteri atau sebahagian daripada Kerajaan semasa (Government of the Day).

Anda berasa PENING sebab tak siap tugasan lagi sebab sibuk dengan kerja. Jangan risau boleh hubungi kami untuk bertanya. Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester.

Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama. Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan anda boleh EMAIL tajuk ke pjjmalaysia@gmail.com atau WhatsApp ke 014-587 5518

 

Comments

Popular posts from this blog

FINANCIAL MANAGEMENT I PENGURUSAN KEWANGAN I

Geografi Fizikal

SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT