Ergonomik
Sebagai sebuah syarikat / organisasi yang sedang berkembang, lebih banyak aduan dan laporan yang dibuat oleh pekerja mengenai tugasan yang melebihi keupayaan. Mungkin ada aktiviti pekerjaan yang memerlukan tenaga yang tinggi, postur yang janggal atau kerja yang berulang-ulang. Keadaan ini menyebabkan ketidakselesaan kepada beberapa pekerja dan boleh menjejaskan produktiviti dan seterusnya menyebabkan kecederaan otot dalam jangka masa yang panjang. Sebagai kakitangan kanan bagi keselamatan dan kesihatan di syarikat, pihak pengurusan memerlukan anda untuk menangani masalah ini. Anda dikehendaki untuk mengenalpasti faktor risiko Ergonomik untuk TIGA tugas / aktiviti yang dijalankan di syarikat anda. Laporan anda perlu meliputi perkara berikut: •Pengenalan ringkas organisasi dan objektif laporan; •Penerangan tentang tugas/ aktiviti yang dijalankan (disyorkan untuk melampirkan gambar-gambar aktiviti); •Penentuan faktor risiko ergonomik yang wujud dengan penjelasan...