Politik Asia Tenggara
Bincangkan impak sekurang-kurangnya 2 faktor berikut terhadap pembangunan politik Negara-negara Asia Tenggara yang kamu pelajari dalam kursus ini. Esei anda perlu menganalisa perkembangan di sekurang-kurangnya 2 negara: 1) Agama 2) Pemimpin era pasca-kemerdekaan yang pertama 3) Tuntutan politik etnik minoriti 4) Perjuangan kelas sosial 5) Gerakan dan kumpulan pemisah 1.0 Pengenalan Terlebih dahulu dalam bahagian pengenalan ini saya akan menceritakan tentang Asia Tenggara supaya kita mendapat gambaran awal tentang negara-negara yang terdapat di dalamnya. Asia Tenggara ialah sudut benua yang terbentang luas terletak di samping negara China dan India, adalah satu kawasan yang kaya dengan pelbagai unsur yang berlainan jenis. Sudah pasti, di antara kebanyakan negara di kawasan ini, terdapat ekonomi yang sama dan banyak masalah ekonomi yang agak serupa pada amnya, dan pada peringkat yang berbeza pula, kesemuanya telah beransur-ansur menyedari akan kedudukan masing-masing yang berhampiran...