OSH SERVICES PERKHIDMATAN OSH
HASIL PEMBELAJARAN Mereka bentuk satu program perkhidmatan kesihatan pekerjaan yang bersesuaian bagi industri tertentu dalam mempromosikan dan menyelenggara tahap tertinggi fizikal, mental dan kesejahteraan sosial pekerja-pekerja. Di sebalik pengukuhan keselamatan dan kesihatan pekerjaan beberapa tahun kebelakangan ini, kecederaan dan penyakit pekerjaan terus menjadi kesihatan awam yang penting. Pada tahun 2014, dianggarkan tiga juta kecederaan dan penyakit bukan kematian di tempat kerja di laporkan oleh majikan-majikan industri swasta di A.S, dengan hampir satu pertiganya melibatkan hari tidak bekerja (Bureau of Labor Statistics, 2016). Kos-kos yang berkaitan dengan kecederaan tempat kerja boleh jadi besar bagi kedua-dua pekerja dan majikan. Pekerja-pekerja menderita kesukaran ekonomi dan bukan ekonomi yang kebiasaannya berlaku bertahun-tahun. Majikan perlu membayar faedah-faedah perubatan dan pampasan, kehilangan produktiviti pekerja, dan kerapkali perlu menanggung kos penggantia...