Posts

Showing posts with the label HBPE 1203

Kecergasan Fizikal

Dalam sukan, perancangan yang teliti penting bagi membantu meningkatkan prestasi dan untuk pencapaian kejayaan atlet. Oleh yang demikian, perancangan program latihan yang mantap perlu disesuaikan dengan tahap kemahiran dan keperluan sukan atlet terlibat bagi memaksimumkan pencapaian kesan latihan. Semasa merancang program latihan, penetapan matlamat penting bagi penentuan pencapaian prestasi. Oleh itu program latihan perlu dirancang dengan teratur mengikut prinsip latihan yang sistematik. Program latihan boleh dibahagikan kepada tiga fasa yang berbeza, iaitu, fasa persediaan, fasa pertandingan dan fasa transisi. Berikutan dengan itu, anda dikehendaki merancang SATU fasa persediaan umum dalam Program Latihan untuk sepasukan atlet yang mewakili sekolah dalam sukan dan permainan. Perancangan kerangka fasa persediaan umum bagi Program Latihan tersebut perlulah sesuai untuk dilaksanakan secara sistematik untuk jangka masa 6 minggu. Sehubungan dengan itu, anda juga dikehendak...