Posts

Showing posts with the label JMS 318

Dokumen-dokumen dalam Sejarah Malaysia

1. Dengan merujuk kepada Dokumen 1, “Report of the Cobbold Commission”,analisis reaksi penduduk dan parti-parti politik di Sarawak terhadap tiga isu dalam pembentukan Malaysia iaitu isu kedaulatan Sarawak, kepentingan masyarakat pribumi dan kerakyatan masyarakat bukan pribumi. 2. Berdasarkan Dokumen 2, “Report of the Select Committee appointed on the 11 th Day of July, 1951 to examine and report to the Legislative Council on the Bill, the short title of which is the Federation of Malaya Agreement (Amendment) Ordinance 1951”, bincangkan kelebihan dan kelemahan Enakmen Kewarganegaraan Negeri 1952. 3. Dengan merujuk kepada Dokumen 3, “Chinese Consuls in Malaya: Joint Cabinet Memorandum by Mr. Griffiths and Mr. Younger” [CAB 129/39] bertarikh 21 April 1950, bahaskan mengapa pentadbir British tempatan tidak menerima penempatan konsul komunis China di Persekutuan Tanah Melayu. 4. Berdasarkan Dokumen 4, “Penyata Rasmi Parlimen mengenai pindaan Rang Undang-undang Akta Imigresen 1959/6...