STATISTIK UNTUK SAINS SOSIAL
Tugasan
Berkumpulan ini mewakili 15% daripada markah keseluruhan pelajar. Baca
arahan dengan teliti dan jawab semua soalan yang diberikan.
ARAHAN
Tugasan
berkumpulan ini memerlukan penggunaan Sofware SPSS untuk menganalisis
data. Berdasarkan data fail PJJ2020JAN yang dilampirkan, terdapat data untuk
pelbagai pemboleh ubah yang mana merangkumi faktor-faktor yang mempengaruhi
tahap kesihatan pelajar IPTA. Setiap kumpulan dikehendaki memilih pemboleh ubah
yang bersesuaian untuk menganalisis data.
a)
Setiap kumpulan dikehendaki membuat analisis data bagi LIMA (5) analisis
inferensi berikut:
1)
Pearson Correlation
2)
Linear Regression
3)
Independent T-Test
4)
One Way ANOVA
5)
Chi-Square
b)
Bagi setiap ujian statistik di atas, terangkan perkara berikut:
1)
Nyatakan pemboleh ubah bebas dan Pemboleh ubah terikat yang dipilih
2)
Bina satu hipotesis untuk setiap analisis inferensi yang dijalankan.
3)
Huraikan (buat interpretasi) setiap hasil daripada cetak analisis yang
dilakukan.
Lampirkan
hasil cetak bagi Output SPSS bagi setiap analisis yang
dilakukan untuk tujuan interpretasi data secara deskriptif dan inferensi
Hidup
pada abad ke 21 memerlukan kita untuk melengkapkan diri dengan kemahiran dan
pengetahuan yang diperlukan untuk menghadapi cabaran abad ini. Oleh itu, dalam
tugasan ini, anda akan belajar untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan
yang relevan untuk menghadapi cabaran-cabaran tersebut.
Salah
satu isu yang memerlukan perhatian kita adalah kelestarian alam sekitar. Dalam
tugasan ini, anda dikehendaki untuk menggunakan kemahiran abad ke-21 yang
dipelajari daripada kesemua topik dalam modul untuk menghuraikan jawapan untuk
soalan berikut:
SOALAN:
Bagaimanakah
Pendidikan Kewarganegaraan Global (Global
Citizenship Education [CGED]) memberi manfaat kepada masyarakat dalam
menyelesaikan isu alam sekitar?
ARAHAN SPESIFIK:
Anda dikehendaki menyertakan yang berikut dalam penulisan esei anda:
1-
PENGENALAN - Tulis
latar belakang ringkas mengenai tugasan anda dan DUA objektif tugasan.
2-
ISI
KANDUNGAN: Terdapat TIGA bahagian dalam isi kandungan seperti
berikut:
a)
Bahagian
a: Tentukan SATU isu alam sekitar untuk diberi tumpuan.
Panduan menulis Bahagian A:
i.
Terangkan secara ringkas isu yang ingin anda fokuskan. Tulis
secara khusus mengenai mengapa anda memilih isu ini.
ii.
Baca Topik 1 modul untuk mendapatkan gambaran keseluruhan
kursus. Anda akan mendapati bahawa anda akan belajar banyak kemahiran ketika
melengkapkan tugasan ini.
iii.
Anda boleh membaca Topik 9 dan 10 untuk mendapatkan idea
yang lebih jelas tentang isu-isu tersebut.
b) Bahagian B: Cari DUA buah video: satu tentang GCED dan
satu lagi tentang isu yang dipilih.
Panduan menulis Bahagian B:
i.
Anda boleh membaca Topik 4 modul anda untuk mendapatkan
lebih banyak maklumat mengenai menggunakan teknologi. Video tersebut mestilah
tidak lebih dari 10 minit.
ii.
Cari video 3 dimensi konsep utama (kemahiran kognitif,
sosio-emosi dan tingkah laku) dalam Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED).
iii.
Dapatkan juga video mengenai isu alam sekitar yang telah
dipilih.
iv.
Tuliskan ulasan tentang interpretasi anda kepada setiap video.
Sebagai contoh, apakah yang anda faham tentang video yang telah anda tonton?
v.
Anda boleh merujuk kepada Topik 5 dan 6 tentang bagaimana
mengulas secara kreatif dan kritis maklumat yang telah anda kumpulkan.
c)
Bahagian
C: Tuliskan cara-cara 3 dimensi konsep utama dalam Pendidikan Kewarganegaraan
Global membawa manfaat kepada masyarakat untuk menyelesaikan isu alam sekitar
tersebut.
Panduan menulis Bahagian C:
i.
Huraikan Pendidikan Kewarganegaraan Global dan isu alam
sekitar yang telah anda pilih. Bincangkan bagaimana 3 dimensi konsep utama
Pendidikan Kewarganegaraan Global dapat memberikan faedah kepada masyarakat dan
menyelesaikan isu alam sekitar.
ii.
Cadangkan cara-cara untuk menyelesaikan isu alam sekitar
yang telah dibincangkan sebelum ini melalui Pendidikan Kewarganegaraan Global.
Cari DUA artikel / laman sesawang untuk menyokong cadangan anda.
3-
KESIMPULAN: Tulis
rumusan tugasan anda.
4-
REFLEKSI
KENDIRI: Tulis nota refleksi tentang proses untuk menyiapkan
tugasan ini.
5- RUJUKAN: Petikan semua
sumber (video, artikel / laman sesawang) dan tulis senarai rujukan. Baca Topik
2 tentang cara-cara menggunakan format APA.
[Jumlah: 60 markah]
Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.