BAHASA MALAYSIA IV

Bahagian A: STRUKTUR KARANGAN – (10 Markah) 

Pilih 1 (SATU) tajuk karangan di bawah. 

1. Anda diminta untuk menghasilkan 4 perenggan (1 Pendahuluan + 2 isi+ 1 kesimpulan). 

2. Anda perlu menyambung karangan ringkas yang anda pilih dengan menggunakan struktur karangan yang mengandungi ayat topik, ayat huraian dan ayat contoh. 

3. Struktur ini tidak melebihi 200 patah perkataan. 

4. Markah diberi berdasarkan penggunaan tatabahasa yang betul dan tepat.

TAJUK 1 

Kebelakangan ini, aktiviti sukaneka semakin dilupakan dalam kalangan masyarakat moden. Bincangkan kepentingan menghidupkan semula sukaneka dan bagaimana aktiviti ini boleh dipupuk semula dalam kalangan generasi pada masa kini.

ATAU 

TAJUK 2 

Sokongan moral dari ahli keluarga merupakan salah satu kunci kejayaan seseorang. Tulis sebuah karangan yang membincangkan kepentingan sokongan moral dari ahli keluarga dan bagaimana sokongan ini dapat memberi impak kepada kehidupan seseorang.

Bahagian B : PENGHASILAN KARANGAN – (30 Markah) 

1. Pilih SATU (1) daripada tajuk karangan di bawah. 

2. Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 400 patah perkataan. 

3. Anda diminta untuk menghuraikan karangan berdasarkan struktur karangan

4. Pemarkahan karangan akan dinilai berdasarkan isi, organisasi, bahasa dan ejaan serta gaya keseluruhannya

1. Kebanyakan remaja hari ini kurang mengenali tarian tradisional seperti zapin, inang, ngajat dan sumazau. Huraikan usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk memperkenalkan semula tarian tradisional ini kepada generasi muda serta berikan pandangan anda. 

2. Penyalahgunaan kuasa dalam sektor awam dan swasta semakin membimbangkan serta memberi kesan buruk kepada pembangunan negara. Huraikan langkah langkah tegas yang boleh diambil untuk memupuk integriti dan memastikan ketelusan dalam semua urusan pentadbiran. 

3. Kemajuan teknologi masa kini menyebabkan golongan muda lebih cenderung kepada hiburan digital berbanding pembacaan bahan ilmiah. Huraikan faedah membaca bahan berkualiti serta cadangkan langkah-langkah untuk menarik minat generasi muda terhadap aktiviti membaca. 

4. Pengurusan masa yang lemah boleh menjejaskan prestasi akademik, kerjaya, dan kesejahteraan mental. Jelaskan teknik-teknik yang boleh digunakan oleh individu untuk mengelakkan penangguhan kerja serta memastikan setiap tugasan diselesaikan mengikut keutamaan.

Anda berasa PENING sebab tak siap tugasan lagi sebab sibuk dengan kerja. Jangan risau boleh hubungi kami untuk bertanya. Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester.

Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama. Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan anda boleh EMAIL tajuk ke pjjmalaysia@gmail.com atau WhatsApp ke 014-587 5518


Comments

Popular posts from this blog

Geografi Fizikal

FINANCIAL MANAGEMENT I PENGURUSAN KEWANGAN I

SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT