BAHASA MALAYSIA IV
Bahagian A: STRUKTUR KARANGAN – (10 Markah)
i.
Pilih 1 (SATU) tajuk karangan di bawah.
ii.
Anda diminta untuk menghasilkan 4 perenggan (1 Pendahuluan + 2 isi+ 1
kesimpulan).
iii.
Anda perlu menyambung karangan ringkas yang anda pilih dengan menggunakan
struktur karangan yang mengandungi ayat topik, ayat huraian dan ayat contoh.
Struktur ini tidak melebihi 200 patah perkataan.
iv.
Markah diberi berdasarkan penggunaan tatabahasa yang betul dan tepat.
Contoh
cara menjawab soalan:
Soalan
1: Pada masa kini, kebanyakan masyarakat begitu arif mengendalikan sebarang
urusan secara dalam talian.
Pada
masa kini, kebanyakan masyarakat begitu arif mengendalikan sebarang urusan
secara dalam talian (Pendahuluan). Pengendalian urusan secara dalam
talian merujuk kepada pengurusan, pelaksanaan, atau penyelesaian pelbagai
tugas, aktiviti, atau transaksi menggunakan platform digital atau internet.
Proses ini melibatkan pemanfaatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi
mempermudah interaksi, pengolahan data, dan penyampaian maklumat dengan cepat
serta efektif (Pendahuluan).
Pengurusan
secara dalam talian membolehkan pengguna menyelesaikan tugasan tanpa keperluan
hadir secara fizikal (Ayat topik). Hal ini membantu menjimatkan masa dan
mengurangkan kos perjalanan (Ayat Huraian). Misalnya, bayaran bil
seperti elektrik dan air dapat dilakukan menggunakan aplikasi perbankan dalam
talian tanpa perlu mengunjungi kaunter (Ayat contoh).
Walhasil,
pengurusan urusan secara dalam talian berperanan besar dalam mempermudah
kehidupan seharian dengan menyediakan kemudahan, menjimatkan masa, dan
meningkatkan kecekapan (Ayat penyimpul). Dengan penerapan teknologi digital
yang kian meluas, ia bukan sahaja mempercepatkan pelaksanaan tugas juga
menyumbang kepada persekitaran kerja yang lebih fleksibel (Ayat Penyimpul).
TAJUK
TUGASAN 1
Kebelakangan
ini, aktiviti gotong-royong semakin dilupakan dalam kalangan masyarakat moden.
Bincangkan kepentingan amalan gotong-royong dan bagaimana aktiviti ini boleh
dipupuk semula dalam kalangan generasi pada masa kini.
ATAU
TAJUK
TUGASAN 2
Pendidikan
tinggi merupakan kunci kejayaan dalam dunia yang semakin kompetitif. Tulis
sebuah karangan yang membincangkan kepentingan melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi dan bagaimana pendidikan tinggi boleh memberi
manfaat kepada individu dan negara.
Bahagian
B : PENGHASILAN KARANGAN – (30 Markah)
I.
Pilih SATU (1) daripada tajuk karangan di bawah.
II.
Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 400 patah perkataan.
III.
Anda diminta untuk menghuraikan karangan berdasarkan struktur karangan
IV.
Pemarkahan karangan akan dinilai berdasarkan isi, organisasi, bahasa dan ejaan
serta gaya keseluruhannya.
1.
Generasi zaman sekarang sangat jarang menggunakan alat muzik tradisional
seperti gong, sape, seruling, gedombak, rebab dan lain-lain malah ada dalam
kalangan generasi sekarang tidak mengenali alat tradisional ini. Oleh itu,
bincangkan langkah-langkah yang dapat anda kembalikan semula alat muzik
tradisional ini supaya tidak ditelan zaman dan berikan pendapat anda.
2.
Rasuah dilihat sebagai salah satu ancaman besar terhadap pembangunan negara.
Budaya rasuah bukan sahaja mencemarkan nama baik negara, tetapi juga merosakkan
sistem keadilan dan ekonomi. Bincangkan langkah-langkah proaktif yang boleh
diambil oleh kerajaan dan masyarakat untuk membanteras rasuah.
3.
Membaca adalah aktiviti yang penting untuk perkembangan mental dan pendidikan
seseorang. Budaya membaca semakin kurang dipraktikkan dalam kalangan masyarakat
moden. Tulis sebuah karangan mengenai kepentingan membaca dan cadangkan
cara-cara untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan kanak-kanak dan
remaja.
4.
Pengurusan masa yang baik memerlukan disiplin diri dan perancangan yang teliti
serta rutin harian yang baik meningkatkan kecekapan dan produktiviti.
Pengurusan masa yang berkesan adalah kunci kejayaan dalam kehidupan peribadi
dan profesional. Tulis sebuah karangan tentang teknik-teknik pengurusan masa
yang boleh digunakan untuk meningkatkan produktiviti dan keseimbangan kehidupan
kerja.
🌟 PENING Dengan
Tugasan? Kami Ada Jawapannya! 🌟
Anda
rasa pening sebab tugasan tak siap? Sibuk dengan kerja? Jangan risau! Kami
sedia membantu anda!
Tugasan
ini mungkin berubah setiap semester, tetapi soalan sebenarnya hampir sama. Jika
anda kehabisan idea dan tiada masa untuk menyelesaikan tugasan, kami di sini
untuk membantu!
📩 EMAIL
tajuk tugasan anda ke: pjjmalaysia@gmail.com
📱 WhatsApp
kami di: 014-587 5518
Hubungi
kami sekarang dan selesaikan masalah anda dengan mudah! ✨
Comments
Post a Comment