PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN 2

 

TUJUAN

Tugasan ini bertujuan untuk menilai kebolehan pelajar mengaplikasi konsep, memberi maklum balas secara reflektif, dan menilai secara kritis isu-isu kontemporari yang berkaitan dengan cabaran kelestarian etika serta peradaban masyarakat majmuk di Malaysia.

KEPERLUAN

Tugasan ini mempunyai empat (4) tugasan. Jawab semua. (Nota: Tugasan 5 – Sila rujuk arahan pada halaman 7)

Tugasan 1 (10 markah) – Penulisan esei

Soalan 1

Soalan berdasarkan maklumat di bawah:


Sumber: Bernama

Etika dan peradaban acuan Malaysia boleh dianalisis menerusi kerangka Sejarah, Struktur Sosial, dan Biografi (sila rujuk modul Topik 1.3). Berdasarkan data Infografik Bernama di halaman sebelum itu yang menunjukkan lonjakan kandungan penipuan dan akaun palsu, aplikasikan ketiga-tiga komponen kerangka tersebut untuk menganalisis sebab-sebab fenomena jenayah siber ini semakin berleluasa dalam masyarakat majmuk Malaysia. Seterusnya, jelaskan bagaimana penghayatan etika dan peradaban acuan Malaysia mampu menangani punca berkenaan demi kelestarian negara. Sertakan satu (1) contoh situasi sebenar di Malaysia sebagai sokongan.

Tugasan 2 (20 markah) – Pembentangan Video

ARAHAN SOALAN

Etika dalam penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) sering tergugat oleh sikap tamak dan pengabaian tanggungjawab, sehingga melahirkan jenayah siber seperti penipuan cinta (love scam), penipuan pelaburan, akaun palsu, dan penyebaran kandungan berunsur 3R (Rujuk Modul Topik 7 dan Topik 9).

 

Berdasarkan penyataan di atas dan data Infografik Bernama (Tugasan 1), hasilkan satu (1) pembentangan video yang membincangkan dan menilai satu isu kontemporari berkaitan penipuan siber atau kandungan berbahaya dalam talian di Malaysia.

 

Di dalam video pembentangan tersebut, pastikan anda merangkumi perkara-perkara berikut:

·         Pengenalan Isu: Kenal pasti dan jelaskan secara ringkas satu (1) isu sebenar (contoh: sindiket penipuan cinta (love scam), penipuan pelaburan, akaun palsu, atau kandungan 3R).

·         Penilaian Kritis: Nilaikan isu dari perspektif etika dan peradaban – sejauh mana keruntuhan etika menggugat kepercayaan dan keharmonian masyarakat majmuk.

·         Cadangan Penyelesaian: Bincangkan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang (Seksyen 233 Akta 588) oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), di samping literasi digital dan integriti diri, demi kelestarian negara.

 

ARAHAN PELAKSANAAN dan TEKNIKAL VIDEO

  1. Durasi Video: Video pembentangan mestilah berdurasi antara 5 hingga 7 minit.
  2. Penampilan: Wajah anda MESTI kelihatan dengan jelas semasa membentang (sama ada dalam paparan penuh atau menggunakan teknik picture-in-picture jika anda berkongsi skrin atau slaid).
  3. Kreativiti Kandungan: Anda amat digalakkan menggunakan bahan sokongan visual yang bersesuaian seperti slaid PowerPoint bergambar, keratan akhbar, atau infografik bagi menyokong hujah anda agar pembentangan lebih menarik dan meyakinkan.
  4. Format Penghantaran:
    • Anda TIDAK PERLU memuat naik fail video yang bersaiz besar ke dalam sistem.
    • Muat naik video anda ke platform perkongsian video seperti YouTube (tetapan Unlisted atau Public) ATAU Google Drive (pastikan tetapan perkongsian diletakkan sebagai Anyone with the link can view).
    • Salin pautan (link) video tersebut dan tampal (paste) ke dalam fail jawapan tugasan PDF anda dengan jelas (Contoh: Pautan Video Tugasan 2: https://youtu.be/xxxxx).
  5. Bahan Sokongan yang WAJIB Dihantar Bersama: Selain pautan video, pelajar WAJIB menghantar bahan-bahan berikut sebagai sebahagian daripada fail jawapan PDF:

o   Skrip pembentangan (dalam bentuk teks penuh atau poin-poin utama) — minimum 300 patah perkataan.

o   Salinan slaid pembentangan (jika digunakan) — dimuat naik sebagai lampiran dalam fail PDF jawapan atau dilampirkan dalam bentuk imej/screenshot slaid.

o   Senarai rujukan sumber fakta/contoh kes yang digunakan dalam video (mengikut format APA).

 

Nota: Penghantaran skrip dan slaid ini bertujuan untuk tujuan rekod akademik dan pengesahan keaslian kandungan.

 

  1. Tanggungjawab Pelajar ke atas Pautan Video:

o   Pelajar bertanggungjawab sepenuhnya memastikan pautan video kekal aktif dan boleh diakses oleh e-grader sekurang-kurangnya sehingga keputusan rasmi kursus dikeluarkan (minimum 3 bulan selepas tarikh penghantaran).

o   Pastikan tetapan perkongsian adalah betul:

§  YouTube: Unlisted atau Public (BUKAN Private)

§  Google Drive: Anyone with the link can view (BUKAN Restricted)

o   Pelajar DINASIHATKAN untuk menguji pautan dengan membukanya dalam mod incognito/private browsing atau meminta rakan lain membuka pautan tersebut sebelum penghantaran.

 

Tugasan 3 (20 markah) – Penulisan Refleksi

Anda dikehendaki membuat penulisan refleksi kendiri berdasarkan pengalaman dan pemerhatian anda mengenai cabaran kelestarian etika dan peradaban di Malaysia dengan menjawab keempat-empat (4) soalan reflektif yang berikut:

i.        Kebebasan bersuara dan Perlembagaan Persekutuan: Penurunan kandungan 3R oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menimbulkan perbahasan antara kebebasan bersuara (Perkara 10) dan pemeliharaan isu sensitif. Ceritakan satu situasi apabila anda perlu menimbang antara hak bersuara dan tanggungjawab sosial di ruang siber. Bagaimanakah anda bertindak secara matang?

ii.      Etos bangsa digital: Rujuk konsep etos bangsa (Topik 5). Apakah satu (1) nilai atau amalan peribadi yang anda pegang bagi membentuk identiti “rakyat digital Malaysia” yang beretika dan bertamadun?

iii.    Tadbir urus dan kepercayaan institusi: Sejauh manakah anda mempercayai peranan institusi seperti SKMM dalam melindungi masyarakat? Kongsikan satu tindakan bertanggungjawab yang pernah/akan anda lakukan (contoh: melaporkan penipuan atau kandungan berbahaya).

iv.    Integriti diri dan ekonomi gelap: Jika anda ditawarkan “jalan pintas” yang tidak beretika (contoh: menyewa akaun bank kepada sindiket), apakah pendirian peribadi yang akan anda tegaskan untuk menolak budaya ekonomi gelap ini?

 (Terhad kepada 6 halaman sahaja)

Sekiranya anda berasa pening kerana masih belum menyiapkan tugasan akibat kesibukan kerja, jangan risau. Anda boleh menghubungi kami untuk mendapatkan pertanyaan atau bantuan.

Sebenarnya, tugasan ini pernah kami siapkan sebelum ini. Walaupun soalan sering diubah suai pada setiap semester, kehendak dan skop tugasan biasanya masih hampir sama.

Jika anda sudah kehabisan idea, terlalu sibuk dengan komitmen kerja, atau tidak mempunyai masa untuk menyiapkan tugasan, kami sedia membantu. Hantar sahaja tajuk tugasan anda melalui e-mel ke pjjmalaysia@gmail.com atau WhatsApp ke 014-587 5518 untuk pertanyaan lanjut.

 

 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

Ekonomi Politik Malaysia

Latihan Ilmiah

Ideologi Dunia Ketiga