Pengajaran Literasi Awal Membaca dan Menulis Bahasa Melayu
1. Proses dan perkembangan pembelajaran bahasa dan 2M murid pemulihan khas adalah satu proses yang berterusan (continuous. Secara terperinci huraikan Perspektif Pendekatan Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) dari perspektif: a. Landasan teori KGBK b. Langkah-langkah menggunakan KGBK c. Kekuatan dan kelemahan KGBK d. Bandingkan KGBK dengan dua kaedah lain dalam mengajar membaca awal. 2. Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK), iaitu pendekatan yang menggabungkan pendekatan abjad-fonik (bunyi) dan pendekatan seluruh perkataan. Pilih satu kemahiran mengajar perkataan suku kata dan hasilkan satu modul mengajar yang lengkap menggunakan KGBK kepada murid pemulihan khas yang mengandungi: Senarai perkataan daripada suku kata yang dipilih Langkah-langkah pengajaran Satu contoh Rancangan Pengajaran Harian Bertema yang menggunakan perkataan yang dipilih. Hasilkan buku bacaan bergred (yang menunjukkan suku kata dan perkataan yang dipilih) Tu...