Sejarah Asia Tenggara Moden
1. Sejauh mana negara Burma merupakan ciptaan kolonial British? Huraikan jawapan anda sama ada bersetuju atau tidak bersetuju? 2. Bincangkan dasar-dasasr yang dilaksanakan oleh Amerika Syarikat bagi menguasai ekonomi dan pentadbiran Filipina sejak tahun 1898. 3. Bincangkan pemikiran Islam Muhamad Natsir dalam politik di zaman penjajahan Belanda di Indonesia. 4. Pembinaan negara bangsa pasca kemerdekaan telah menyebabkan etnik yang lebih dominan cuba menghapuskan hak dan pengaruh etnik-etnik minoriti. Jelaskan kenyataan ini dengan merujuk kepada negara Burma. 5. Menurut Benedict Anderson semangat nasionalisme dicetuskan menerusi 'print capitalism' iaitu kegiatan percetakan secara meluas. Huraikan keadaan ini dengan mengaitkan perkembangan dekolonisasi di Indonesia. 6. Pengaruh daripada China meninggalkan implikasi yang begitu kukuh terhadap kebudayaan dan pentadbiran di Vietnam. Sejauh manakah anda bersetuju dengan kenyataan ini? 7. Bincangkan peranan N...