PERAKAUNAN KEWANGAN
TUGASAN 1:Jawab semua soalan. Soalan 1: (CLO1) Bezakan antara pengguna dalaman dengan pengguna luaran dan terangkan contoh-contoh maklumat perakaunan yang diperlukan. Soalan 2: (CLO2) Andaikan anda sedang mempertimbangkan untuk membeli saham dalam sebuah syarikat. Anda telah membaca laporan tahunan syarikat dalam membuat penilaian terhadap syarikat berkenaan. Berdasarkan pendapat anda, terangkan kepada para pelabur lain kegunaan maklumat-maklumat laporan tahunan dalam membantu mereka untuk membuat keputusan pelaburan. TUGASAN 2: Jawab semua soalan dan tunjukkan jalan kerja terperinci anda dengan jelas dan sistematik. Soalan 1:(CLO 2) Pada 1 April 2020, Adam Syaqif memulakan perniagaan baru yang dikenali sebagai Cepat Cetak Sdn. Bhd., yang menyediakan perkhidmatan menaip dan mencetak. Berikut adalah senarai urus niaga yang dilibatkan olehperniagaan tersebut sepanjang bulan April 2020: i) Adam Syaqif menyumbangkan RM200,000 tuna...