UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN
1. Meon adalah seorang jurulatih kepada pasukan hoki kebangsaan di ibu kota. Beliau telah berpisah dengan isterinya, Munah dan mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Malim, Leman dan Kundang. Malim berada di bawah jagaan Meon manakala Leman dan Kundang berada di bawah jagaan isterinya. Kesemua anak-anak Meon masih lagi bersekolah. Oleh kerana sibuk dengan perlawanan serta sesi latihan bagi menyediakan pasukan hoki bagi menghadapi perlawanan di dalam Liga Asia, Meon tidak dapat memberi tumpuan kepada pembelajaran Malim. Malim yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia telah tercicir di dalam pelajarannya dan sering terlibat dengan masalah disiplin di sekolah. Baru-baru ini Malim telah ditangkap oleh guru disiplin kerana merokok di dalam tandas. Guru besar sekolah telah mengadakan dua perjumpaan dengan Malim dan akhirnya Malim dibuang sekolah. Meon tidak berpuas hati dengan tindakan guru besar lalu mendesak Malim mencabar keputusan tersebut. Walaupun tidak dengan sepenuh h...