PEMBANGUNAN ORGANISASI
1. Isu strategik sering dilihat sebagai satu cabaran yang besar dalam organisasi, isu seperti kelemahan perancangan strategik akan mengakibatkan organisasi tidak mampu untuk terus bersaing dalam persekitaran yang mencabar. Bincangkan EMPAT (4) langkah utama pelaksanaan intervensi kerjasama dalam menangani isu tersebut. (25 markah) 2. Anda telah dilantik oleh sebuah syarikat sebagai seorang agen perubahan. Setelah melalui proses diagnosis anda telah mengenal pasti isu yang membawa masalah-masalah berikut: I. Kadar prestasi di kalangan pekerja dalam organisasi menurun. II. Terdapat kelemahan sistem pembuatan keputusan dalam kumpulan. III. Ahli dalam organisasi telah berselisih faham sehingga menimbulkan konflik sesama mereka. IV. Organisasi didapati menghadapi masalah dalam pembahagian sumber yang tidak seimbang. V. Syarikat ABCD telah mengalami kerugian yang teruk dan bercadang untuk menukar strategi perniagaan mereka. Berdasarkan isu-i...