OCCUPATIONAL SAFETY KESELAMATAN PEKERJAAN
Tujuan tugasan ini adalah untuk membolehkan pelajar memulakan penyelesaian berhubung dengan masalah keselamatan untuk kebakaran, elektrik, ruang terkurung dan bekerja di tempat tinggi menggunakan amalan baik yang berkaitan yang diperoleh daripada kajian literatur. TUGASAN 1 Letupan di Kilang Pulpa dan Kertas, PCA DeRidder, Lousiana. 8 Febuari, 2017- Perusahaan Pembungkusan, Deridder Amerika, Kilang Pulpa dan Kertas Louisiana (A), letupan berlaku semasa aktiviti kerja panas yang menyebabkan kematian tiga pekerja kontrak (B) dan mencederakan tujuh yang lain. Deridder mill menghasilkan papan kontena yang digunakan dalam penghasilan produk seperti kotak dan paparan kadbod. Papan kontena dibuat daripada pulpa yang dihasilkan di kilang. Semasa proses menghasilkan pulpa, wap terhasil. Wap ini yang mengadungi air, turpentin dan pelbagai sebatian sulfur, dikumpulkan dan diasingkan (C). Untuk mengasingkan wap, ia mulanya memasuki ‘turpentine-stripping column’ (D). Di situ, kebanyakan turpentin d...