Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu
Sejarah bahasa menunjukkan bahasa Melayu berkembang berdasarkan zaman yang ditandakan mengikut masa. Bahasa Melayu dikatakan bermula dengan bahasa Melayu purba, diikuti bahasa Melayu kuno, kemudiannya bahasa Melayu klasik dan akhir sekali sebagai bahasa Melayu moden. Pelbagai teori telah dikemukakan oleh pengkaji bahasa dalam menentukan sejarah perkembangan bahasa Melayu ini. Ada pendapat yang membahagikan sejarah bahasa Melayu kepada dua bahagian, iaitu sejarah bahasa Melayu sebelum merdeka dan sejarah bahasa Melayu selepas merdeka. Ada juga yang mengkategorikan sejarah bahasa Melayu mengikut jangka masa wujudnya bahasa Melayu itu sendiri. Berdasarkan sejarah perkembangan bahasa Melayu selepas merdeka, kaji dan teliti kedudukan bahasa Melayu berdasarkan perkara-perkara berikut: (a) Perkembangan bahasa Melayu berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan untuk memastikan kepentingan bahasa Melayu terjaga dan selaras dengan keperluan matlamat pendidikan d...