Linguistik dan Sosiolinguistik
Kajian sosiolinguistik meliputi semua aspek bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat. Tercakup dalam hubungan yang dimaksudkan ialah kajian terhadap bahasa, dialek dan idiolek, kedwibahasaan, profil linguistik, etnografi bahasa, sikap terhadap bahasa dan perancangan bahasa.
Nik Safiah (1988).
Berdasarkan pernyataan di atas, sediakan tugasan anda seperti berikut;
Pengenalan: Jelaskan sifat sosiolinguitik dengan menghuraikan tentang bagaimana bahasa digunakan untuk melaksanakan fungsi-fungsi sosial dan bagaimana bahasa boleh memberi maklumat latar seseorang.
Bahagian 1: Beri definisi konsep dialek sosial. Jelaskan fungsi, latar belakang etnik dan formaliti yang boleh menjadi faktor wujudnya dialek sosial dalam proses komunikasi. Sertakan contoh-contoh yang sesuai bagi memantapkan huraian anda.
Bahagian 2: Kenal pasti cabaran bahasa Melayu dari perspektif penggunaan bahasa Melayu masa kini. Bincangkan cabaran tersebut dengan jelas.
Bahagian 3: Rumuskan perbincangan anda dan berikan saranan yang terbaik untuk mengekalkan identiti bahasa Melayu.
Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.
Comments
Post a Comment