Makroekonomi
Soalan 1 (35 markah)
Teliti maklumat berikut dan jawab soalan a - g. Semua nilai ialah pada harga semasa untuk tahun 2019; tahun asas ialah 2010.
Perbelanjaan penggunaan akhir swasta 720,000
Perbelanjaan penggunaan akhir kerajaan 430,000
Pelaburan kasar 250,000
Eksport 330,000
Import 289,000
Perubahan stok -7,000
KNK harga pasar 657,000
Subsidi 88,000
Cukai tidak langsung 132,000
Pendapatan negara 589,000
RM juta
Deflator KDNK 2019 112
Deflator KDNK 2018 109
Hitung:
a. KDNK harga malar 2019
b. KNK harga faktor
c. Susutnilai
d. Pendapatan faktor bersih dari luar negara
e. Kadar inflasi pada tahun 2019
f. Kadar pertumbuhan KDNK benar pada tahun 2019 jika KDNK benar bagi tahun 2018 ialah RM 1,205,000,000j.
g. KDNK per kapita jika bilangan penduduk pada tahun 2019 ialah 35,000,000.
Soalan 2 (20 markah)
Disebuah negara H, upah pekerja berjumlah RM 4150, pendapatan usaha persendirian berjumlah RM 2392, sewa persendirian adalah RM 520, untung syarikat berjumlah RM 683, bunga bersih berjumlah RM 228, cukai keatas pengeluaran dan import adalah RM 429, subsidi berjumlah RM 98, cukai tidak langsung berjumlah RM 51, susut nilai adalah RM 15, pendapatan faktor yang diterima dari luar negara adalah RM 650, dan pembayaran pendapatan faktor ke luar negara adalah RM 333. Berdasarkan data ini, kira
a. Pendapatan Negara
b. Keluaran Negara Bersih
c. Keluaran Negara Kasar
d. Keluaran Dalam Negara Kasar
Soalan 5 (20 markah) Jadual di bawah ialah matriks pengganda model ekonomi 4 sektor.
a. Hitung perubahan setiap nilai pembolehubah endogenous kesan daripada
ΔI* = - 180
b. Hitung perubahan BERSIH setiap nilai pembolehubah endogenous kesan
daripada perubahan serentak, X* = - 150 dan M* = 220
c. ΔT* = -125; sebesar manakah kerajaan perlu ubah G* agar kesan bersih 2 kejutan
ini (ΔT* = - 125 dan ΔG* yang anda hitungkan) agar ΔC = 0?
d. Oleh kerana 2 kejutan yang berlaku di (c), hitung perubahan BERSIH setiap
pembolehubah endogenous.
Soalan 4 (16 markah)
Tabungan adalah contoh kebocoran manakala pelaburan adalah contoh suntikan ke
dalam carta aliran pendapatan. Kenalpasti:
(a) dua lagi contoh bocoran
(b) dua lagi contoh suntikan
(c) untuk setiap contoh yang diberi, jelaskan kenapa pembolehubah tersebut
diklasifasikan sebagai bocoran atau suntikan.
Soalan 5 (9 markah)
a. Terangkan TIGA sebab mengapa KDNK tidak selalu menjadi pegukur
kesejahteraan ekonomi yang terbaik.
b. Nilaikan dua ukuran kesejahteraan ekonomi yang lain dan bandingkannya
dengan KDNK.
Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.
Comments
Post a Comment