REVOLUSI INDUSTRI: PENGELAMAN BRITAN 1760-1945
TUJUAN Mengenal pasti faktor-faktor Revolusi Industri di Britain terutama kemajuan dalam bidang saintifik Menulis perubahan-perubahan sosial ekonomi yang dialami oleh Britain akibat daripada Revolusi Industri yang mewujudkan perusahaan perkilangan dan keusahawanan. Mengenal pasti sama ada Revolusi Industri meningkatkan taraf hidup para pekerja atau memburukkan keadaan para pekerja, etika dalam pekerjaan, kapitalisme dan imperialisme. SOALAN Revolusi Industri telah membawa perubahan besar dalam seluruh aspek kehidupan masyarakat Britain. Bincangkan isu-isu yang melibatkan wanita dan kanak-kanak yang terlibat sebagai pekerja industri di England semasa Revolusi Industri. 1.0 PENGENALAN Secara umum kita mengetahui bahawa revolusi bermaksud perubahan sebuah kerajaan, sistem politik, atau sistem sosial, yang dilakukan secara radikal atau kekerasan; atau perubahan yang menyeluruh dan mendadak terutamanya dari segi cara berfik...