Falsafah Politik
1. Bincangkan dan bandingkan konsep pemerintah (kerajaan) yang berasaskan kontrak sosial dalam penulisan Thomas Hobbes, John Locke, dan Jean Jacques Rousseau. Jelaskan juga jenis kontrak sosial mana yang paling baik untuk dipraktikkan.
2. Aristotle menyatakan bahawa “terdapat tiga perkara yang menjadikan manusia baik dan cemerlang: sifat semulajadi, tabiat, dan penaakulan.” Bincangkan bagaimana tiga perkara tersebut boleh menjadikan manusia baik dalam konteks keadilan dan kebebasan.
3. Bandingkan pemikiran Confucius dengan pemikiran Abu Hassan Al-Mawardi berkenaan dengan konsep “negara” (state).
4. Sesetengah ahli falsafah (contohnya John Locke) mempertahankan hak harta benda (property right), tetapi sesetengah ahli falsafah yang lain (seperti Karl Marx) mahukan harta benda (property) dihapuskan sama sekali. Bincangkan.
Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.
Comments
Post a Comment