Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu
Menurut Nik Safiah Karim (1996), morfologi ialah bidang ilmu yang mengkaji struktur, bentuk, dan penggolongan kata. Dalam aspek penggolongan kata sahaja, terdapat empat pembahagian, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.
Permasalahan yang paling ketara wujud adalah daripada pengesanan ramai pelajar yang masih keliru dari segi penggunaan kata tugas, sama ada dalam lisan mahupun penulisan. Tegasnya, kata tugas bertindak sebagai pendukung sesuatu tugas dalam ujaran-ujaran tertentu.
Sebagai salah seorang guru bahasa Melayu, anda diminta menyediakan analisis lengkap tentang penggunaan kata tugas dalam ayat. Analisis anda mestilah meliputi perkara berikut:
(a) Definisi dan konsep kata tugas berpandukan lima orang ahli bahasa / akademik.
(b) Menyenaraikan dan menjelaskan jenis-jenis kata tugas berpandukan sumber rujukan buku Tatabahasa Dewan atau buku-buku tatabahasa lain yang terkini.
(c) Menghuraikan setiap jenis kata tugas yang dibuktikan dengan contoh-contoh yang relevan.
Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.
Comments
Post a Comment