Pengenalan Pendidikan Kesihatan
Pendidikan Kesihatan merupakan pembelajaran di bilik darjah yang menyediakan dimensi kesihatan fizikal, mental, emosi dan sosial, memperkembangkan pengetahuan, sikap dan kemahiran berkaitan kesihatan. Ianya dirancang bagi membantu dan memotivasikan murid untuk mengekalkan serta meningkatkan kesihatan, mencegah serta mengurangkan risiko tingkah laku yang berkait dengan kesihatan (Marx & Wooley, 1998).
Program dan kurikulum Pendidikan Kesihatan yang terancang serta berkesan dapat menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi individu ke tahap optimum. Pendidikan Kesihatan membantu murid meneroka dan menggerakkan mereka ke arah mencapai tahap kesihatan yang optimum dan kesejahteraan hidup.
Hasilkan sebuah buku sumber berkaitan ‘Pendidikan Kesihatan’ yang mempunyai informasi dalam bentuk teks dan ilustrasi yang menarik sebagai bahan rujukan /bantu mengajar/maklumat tambahan bagi membantu murid Tahap Dua (Tahun 4, 5 dan 6) menguasai kandungan pengajaran dan pembelajaran.
Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.
Comments
Post a Comment