Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah
Kurikulum & Pengajaran Bersifat Kontekstual (20%)
Pelajar diminta mengenal pasti 4 (EMPAT) keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam masyarakat/persekitaran dan rakamkan gambarnya secara statik (bukan video). Pelajar diminta menganalisis keadaan/situasi/fenomena/senario dalam gambar tersebut untuk dikaitkan dengan 4 (EMPAT) disiplin/mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah.
Analisis adalah berkaitan:
i. Penjelasan kepada keadaan/situasi/fenomena/senario dalam gambar tersebut;
ii. Topik/subtopik apa yang terdapat dalam tiap-tiap disiplin/mata pelajaran yang dipilih yang berkaitan dengan keadaan/situasi/fenomena/ senario tersebut (sila nyatakan dengan tepat dengan merujuk Sukatan Pelajaran/Huraian Sukatan Pelajaran/Dokumen Standard Kandungan/Dokumen Standard Pembelajaran);
iii. Huraian bagaimanakah keadaan/situasi/ fenomena/senario dalam gambar dapat dikaitkan dengan pengetahuan/kemahiran/nilai yang terdapat dalamtopik/subtopik tersebut;
iv. Cadangan tindakan/aktiviti yang boleh dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran topik/subtopik tersebut ke arah menambah baik keadaan/situasi/ fenomena/senario yang terdapat dalam gambar.
Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.
Comments
Post a Comment