Program Kesihatan Sekolah
Laporan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan
Pelajar membuat laporan berkaitan dengan program / aktiviti kesihatan semasa yang dijalankan di sekolah.
Kenal pasti beberapa program / aktiviti kesihatan yang sedang dilaksanakan di sekolah anda. Pilih TIGA (3) daripada program / aktiviti kesihatan tersebut, dan hasilkan laporan berkaitan dengan pelaksanaannya.
Laporan perlu merangkumi skop seperti berikut:
a. carta organisasi program
b. visi dan misi, objektif dan matlamat program
c. tindakan yang dijalankan - sertakan dengan foto aktiviti, poster dan sebagainya berkaitan dengan perjalanan program tersebut
d. pelaksanaan, pemantauan dan penilaian program tersebut
e. lain-lain perkara yang berkaitan
Dalam laporan tersebut juga, pelajar dikehendaki:
i. Jelaskan bagaimana program / aktiviti kesihatan yang anda pilih dapat mempengaruhi atau memberikan kesan terhadap terhadap hasil pembelajaran dan pendidikan murid di sekolah. Huraian boleh dibuat berdasarkan kepada potensi, keberkesanan, atau kesesuaianprogram / aktiviti kesihatan tersebut.
ii. Berikan justifikasi anda mengapa program / aktiviti kesihatan yang dipilih dapat membantu, mempengaruhi atau memberi kesan terhadap hasil pembelajaran dan pendidikan mereka?
Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.
Comments
Post a Comment