Ekonomi dan Pembangunan
Insiden kemiskinan telah berkurangan dengan ketara daripada 49.3% pada tahun 1970 kepada hanya 3.8% pada tahun 2009. Bagi mencapai matalamat tersebut, kerajaan telah memperuntukan sejumlah peruntukan yang besar ke atas pembangunan Luar Bandar setiap kali Rancangan Malaysia Lima Tahun. Situasi ini turut menterjemahkan bahawa kerajaan begitu prihatin ke atas pembangunan masyarakat miskin khususnya di luar bandar. Pada masa yang sama timbul persoalan, sampai bilakah golongan ini perlu bergantung harap kepada kerajaan untuk mempertingkatkan taraf hidup.
Sebagai penggubal dasar anda dikehendaki melakukan penganalisaan ke atas pengagihan bantuan kerajaan bagi mengurangkan jurang pendapatan di antara golongan miskin dan kaya. Pada masa yang sama, anda juga dikehendaki untuk menentukan mekanisme yang terbaik dan terbaru (selain daripada program dan aktiviti kerajaan yang sedia ada) untuk dilaksanakan bagi mengurangkan kebergantungan golongan ini kepada bantuan kerajaan.
Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.
Comments
Post a Comment