Program Kesihatan Sekolah
1. Fokus Program Kesihatan Sekolah adalah pencegahan khusus kepada penyakit tidak berjangkit/berjangkit. Pencegahan khusus adalah merujuk kepada menangani punca-punca kesihatan yang buruk untuk mencegah masalah daripada berlaku.
Berdasarkan model Program Kesihatan Sekolah di bawah, bentuk satu program yang boleh diguna pakai di sekolah anda.
2. Pelajar membuat laporan berkaitan dengan program / aktiviti kesihatan semasa yang dijalankan di sekolah.
Kenal pasti beberapa program yang sedang dilaksanakan di sekolah anda. Pilih DUA (2) daripada program tersebut, dan hasilkan laporan berkaitan dengan pelaksanaannya.
Laporan perlu merangkumi skop seperti berikut:
carta organisasi program
visi dan misi, objektif dan matlamat program
tindakan yang dijalankan - sertakan dengan foto aktiviti, poster dan sebagainya berkaitan dengan perjalanan program tersebut
pelaksanaan, pemantauan dan penilaian program tersebut
lain-lain perkara yang berkaitan
Dalam laporan tersebut juga, pelajar dikehendaki:
i. Jelaskan bagaimana program / aktiviti kesihatan yang anda pilih dapat mempengaruhi atau memberikan kesan terhadap terhadap hasil pembelajaran dan pendidikan murid di sekolah. Huraian boleh dibuat berdasarkan kepada potensi, keberkesanan, atau kesesuaian program / aktiviti kesihatan tersebut.
ii. Berikan justifikasi anda mengapa program / aktiviti kesihatan yang dipilih dapat membantu, mempengaruhi atau memberi kesan terhadap hasil pembelajaran dan pendidikan kesihatan mereka?
Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.
Comments
Post a Comment