Sejarah Politik Malaysia Tradisional
1. Jelaskan campur tangan Siam dalam politik Kedah pada 1821-1841M.
2. Kemaraan Siam di Negeri-negeri Melayu Utara, Perak dan Selangor mulai disekat oleh pihak British melalui Perjanjian Burney (1826). Bincangkan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada termeterainya Perjanjian Burney antara kerajaan British dan Siam.
3. Huraikan hubungan politik Negeri-negeri Melayu dengan Siam sehingga 1909.
4. Bincangkan peranan Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Abdullah dan Sultan Dhiauddin sehingga Kedah kehilangan Pulau Pinang dan Seberang Prai kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris.
5. Perebutan takhta di Negeri-negeri Melayu pada penghujung abad ke-19 membawa kepada campur tangan British. Jelaskan?
6. Pada September 1873, Lord Kimberly, Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan merombak semula dasar tidak campur tangan British di Negeri-negeri Melayu. Sejauhmanakah anda bersetuju bahawa keperluan melindungi kepentingan perdagangan British membawa kepada campur tangan British? Bincangkan jawapan anda.
7. Sejauh manakah Birch harus dipersalahkan kerana kegagalan sistem residen di Perak?
8. Galurkan tahap-tahap perkembangan penjajahan British di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.
9. Menurut K. G. Tregonning (1964: 138), kemerdekaan Johor adalah disebabkan oleh kebijaksaan dan kematangan politik pemerintah-pemerintahnya. Huraikan bagaimana Negeri Johor di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar (1862-1895) berjaya menyekat cita-cita imperialisme British.
10. Bincangkan tentang perkembangan politik pelbagai kaum di Tanah Melayu sehingga 1941.
Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.