Pengurusan Risiko Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan
Tugasan ini bertujuan untuk menilai pemafaman anda terhadap pengenalpastian hazad di kilang pemprosesan yang menggunakan kajian Hazad and Kebolehoperasian (HAZOP) di samping memberikan anda peluang untuk melakukan kajian HAZOP berdasarkan scenario keselamatan proses yang sebenar.
Prosedur HAZOP ini adalah sangat efektif untuk mengenalpasti hazad dan diterima baik oleh industri pemprosesan di seluruh dunia. Asas kepada HAZOP ialah untuk memberi peluang agar minda bebas berfikir tetapi terkawal untuk mempertimbangkan semua kemungkinan kegagalan proses dan operasi.
KEPERLUAN / SOALAN TUGASAN
Pertimbangkan satu system reactor seperti dalam Rajah 1. Tindak balas ini adalah eksoterma, oleh itu satu system penyejukan disediakan untuk menyingkirkan haba yang berlebihan. Sekiranya system penyejukan ini mengalami kegagalan, suhu reactor akan meningkat. Ini akan menyebabkan peningkatan kadar tindak balas, seterusnya menyebabkan perlepasan tenaga yang berlebihan. Keadaan ini boleh mengakibatkan tindak balas luar kawalan dengan tekanan yang melebihi tekanan letusan kebuk reaktor. Suhu di dalam reactor diukur dan digunakan untuk mengawal injap kadar aliran air penyejuk.
Soalan 1:
Menggunakan gelung penyejuk dan pengacau sebagai nod kajian,senaraikan semua kata panduan yang sesuai untuk parameter proses kedua-dua nod. Kemudian, tentukan penyebab dan akibat yang mungkin.
Soalan 2:
Menggunakan hasil daripada Soalan 1, sediakan satu laporan HAZOP ke atas unit ini untuk memperbaiki tahap keselamatan proses.
Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.