Seni Dalam Pendidikan
Penelitian terhadap lukisan kanak-kanak dibuat berdasarkan peringkat perkembangan mereka. Aktiviti kreatif kanak-kanak perlu sesuai dengan peringkat perkembangan bagi merangsang mental dan perkembangan kreatif kanak-kanak secara menyeluruh.
Berdasarkan topik pilihan anda, cadang dan rangkakan perancangan bagi aktiviti seni lukis dan seni reka untuk menjelaskan aktiviti kreatif seseorang kanak-kanak sekolah rendah dalam lingkungan Tahun 1 - 3. Program bagi aktiviti yang di rancang perlu dilaksanakan berdasarkan kepada aspek-aspek dibawah:
i. Menggunakan pelbagai kemahiran, media campuran dan teknik (contohnya, asemblaj, kolaj dan lain-lain) sebagai elemen ekspresi dalam sesebuah hasil seni.
ii. Menerapkan nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain.
iii. Menentukan jangka masa program dirancang, sekurang-kurangnya 4 minggu pembelajaran disertai dengan objektif pembelajaran yang jelas.
Kertas cadangan anda hendaklah di tulis berdasarkan kepada format di bawah:
a. Pengenalan
Menjelaskan latar belakang kertas cadangan seperti kumpulan sasaran dan ciri-cirinya, pilihan topik, senario pembelajaran terkini.
b. Pengalaman
Jelaskan pengalaman yang bakal dilalui oleh pelajar termasuk kemahiran berfikir dan teknik-teknik penghasilan seni bagi perkembangan idea dan kemahiran berdasarkan topik yang dipilih (contohnya, kemahiran melukis, kemahiran meneroka media campuran, kemahiran menghasilkan komposisi yang baik).
c. Ekspresi
Jelaskan elemen-elemen ekspresi dalam aktviti kreatif (contohnya: ekspresi lahir dari kesan berus, ekspresi lahir dari warna, ekspresi lahir dari motif-motif dan lain-lain lagi).
d. Maklumat Sokongan (Sorotan Kajian)
Bahan-bahan visual sebagai contoh yang mampu menyokong setiap aktiviti kreatif. Bahan visual boleh di perolehi dari internet atau dihasilkan sendiri oleh guru atau kanak-kanak. Bahan yang diperolehi dari internet atau bahan visual dihasilkan oleh kanak-kanak perlu dinyatakan dengan jelas sumber rujukannya.
e. Kesimpulan
Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.