PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Terdapat pelbagai pendekatan yang disyorkan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK,versi 2017), di antaranya adalah pendekatan tematik. Pembelajaran tematik adalah kaedah pengajaran di mana penekanan diberikan pada pemilihan tema khusus untuk mengajar satu atau banyak konsep. Pembelajaran tematik berlaku apabila disiplin atau domain yang berbeza semuanya berpusat pada satu konsep yang pasti.
Dalam tugasan ini anda dikehendaki memilih satu tema yang sesuai dan bincang bagaimana tema itu akan dilaksanakan dalam kelas kanak-kanak berumur lima tahun. Tugasan ini akan dibahagikan kepada dua bahagian.
Bahagian 1: (30 markah)
Bahagian ini melibatkan perancangan anda dalam melaksanakan pembelajaran melalui pendekatan tematik.
Perancangan ini perlu merangkumi aspek berikut:
1) Pendahuluan: pengenalan kepada pendekatan tematik secara ringkas, objektif tugasan, pemilihan tema dan justifikasinya.
2) Perancangan: sediakan web bagi tema tersebut, satu rancangan mingguan (meliputi sekurang kurang 3 domain) dan satu contoh rancangan pengajaran (pilih satu domain dari rancangan mingguan)
3) Pemilihan bahan yang akan digunakan
Bahagian 2: (20 markah)
1) Implementasi rancangan pengajaran yang telah disediakan
2) Laporan dan Refleksi
3) Kesimpulan
Pengenalan
Pengenalan yang baik, jelas dan terperinci. Tema sangat sesuai dengan umur kanak-kanak dengan justifikasi yang munasabah.
Proses Perancangan
Penerangan sangat jelas, terperinci, menarik, sesuai dan relevan. Rancangan Mingguan dan plan pembelajaran yang lengkap.
Bahan
Penerangan diberikan adalah sangat baik, terperinci dan jelas.
Part 2
Laporan
Laporan terperinci, refleksi ada kelemahan, kekuatan dan cadangan yang bagus.
Kesimpulan yang amat jelas dan memperlihatkan keseluruhan daripada pengenalan, kandungan dan perbincangan. Rumusan yang baik.
Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.