RESEARCH METHODOLOGY 1
TUJUAN
Tujuan tugasan ini adalah untuk membangunkan keupayaan pelajar menulis pernyataan masalah berdasarkan fakta dan angka sebenar dan menentukan persoalan kajian serta objektif-objektif kajian berdasarkan pernyataan masalah dan topik penyelidikan tersebut.
KEPERLUAN
Peringkat pertama penyelidikan adalah untuk mengenal pasti masalah atau isu-isu dalam perniagaan dan pengurusan dan memberi justifikasi mengapa penyelidikan tersebut perlu dilaksanakan. Untuk tujuan ini, anda dikehendaki memilih satu topik penyelidikan dalam sesuatu bidang pengajian yang anda minati. Selepas itu, anda perlu mengenalpasti dan mendefinisi pernyataan masalah yang berkaitan dengan topik yang dipilih. Bagi memastikan masalah yang telah dikenal pasti adalah wujud dan signifikan, anda perlu menyediakan fakta-fakta dan angka-angka sebenar untuk menyokongnya. Anda juga dikehendaki menetapkan persoalan kajian dan objektif-objektif yang bersesuaian dengan masalah penyelidikan tersebut. Akhir sekali anda harus menerangkan mengapa penyelidikan tersebut penting untuk dilaksanakan. Untuk menjayakan tugasan ini, anda dikehendaki merujuk kepada sekurang-kurangnya LAPAN artikel yang telah diterbitkan dalam bidang yang anda pilih dengan menggunakan format APA untuk nukilan-nukilan di dalam teks dan rujukan.
1.0 Pengenalan kepada proses penyelidikan
2.0 Pengenalpastian dan definisi masalah
3.0 Fakta dan angka yang menyokong masalah yang dikenalpasti itu benar-benar wujud
4.0 Senarai soalan-soalan kajian dan objektif-objektif kajian
5.0 Justifikasi untuk menjalankan penyelidikan
Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.