APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGURUSAN
Anda sedang membantu seorang rakan anda untuk membuat beberapa jadual berkaitan perancangan keewangan. Antara jadual yang perlu dibina adalah seperti di bawah.
Tugasan anda:
Berapakah yang perlu disimpan setiap bulan agar jumlah simpanan beliau akan menjadi RM 100,000 dalam masa 2 tahun dengan kadar keuntungan sebanyak 8.5% setahun?
1.1. Sila bina satu jadual yang dapat menganggarkan jumlah simpanan yang perlu dibuat untuk mendapatkan sasaran simpanan sebanyak RM 120,000, RM 140,000, RM 160,000, RM 180,000 dan RM 200,000. Tempoh masa yang perlu untuk membuat simpanan adalah 2, 4, 6, 8 dan 10 tahun. Jumlah kadar keuntungan yang perlu digunakan adalah 8.5%.
Berapakah yang perlu dibayar pada setiap bulan untuk pinjaman yang yang berjumlah RM RM 100,000 dalam tempoh 2 tahun dengan kadar keuntungan sebanyak 8.5 setahun.
2.1. Sila bina satu jadual yang dapat menganggarkan jumlah bayaran bulanan yang perlu dibuat untuk pinjaman RM 120,000, RM 140,000, RM 160,000, RM 180,000 dan RM 200,000. Tempoh masa pinjaman adalah adalah 2, 4, 6, 8 dan 10 tahun. Jumlah kadar keuntungan yang perlu digunakan adalah 8.5%.
Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.