KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH
Tujuan tugasan adalah untuk mendedahkan pelajar dengan
pelbagai strategi penyelesaian masalah dan meningkatkan kemahiran pelajar menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan.
KEPERLUAN:
Tugasan ini adalah tugasan individu. Anda dikehendaki
membuat laporan berdasarkan kajian kes di bawah.
Anda telah berkahwin tahun lepas dan semuanya tiada
masalah. Namun selepas mendapat anak pertama, masalah mula menyerang. Syarikat tempat
pasangan anda bekerja kini merundum dan akan ditutup bulan hadapan. Anda pula
adalah seorang suri rumah sepenuh masa dan tidak memperoleh sebarang
pendapatan. Anda dan keluarga anda perlu berpindah daripada rumah sekarang
kerana rumah yang anda tinggal dibayar oleh syarikat pasangan anda. Apakah yang
perlu anda lakukan? Di manakah anda akan berpindah dan mengapa? Bagaimanakah
anda boleh meneruskan hidup tanpa kerja dan tanpa wang?
Tuliskan satu laporan yang mengandungi perkara
berikut:
- Kenal pasti isu / masalah dalam kes tersebut.
- Aplikasikan empat peringkat dalam penyelesaian
masalah yang dibincangkan dalam Topik 4 untuk kajian kes di atas.
- Kaitkan proses membuat keputusan anda kepada Kitaran
Membuat Keputusan Berpandukan Bukti yang dibincangkan dalam Topik 8.
Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.
Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINIuntuk mendapatkan tips membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.